Sabtu, 23 Februari 2013

Bila Kawan Menjadi Lawan !


pernah kalian rasa bila kawan jadi lawan?





kawan yang sentiasa setia ditumpang bonceng ke kuliah..


kawan yang menjadikan kalian tempat mencurah rasa..


kawan yang kalian lindungi bila ada ancaman bahaya..





tapi





bila kawan itu menjadi lawan..semua kisah nyata itu ibarat fiksyen belaka.


tak percaya? percayalah..kerana aku merasakannya kini





puncanya? aku masih tertanya-tanya. kalian tahu aku kan? aku yang lantang dan pantang dengan penyembunyian fakta. terus terang itu konsep aku. kalau aku jatuh cinta dengan seorang jejaka, aku akan berterus terang dengannya bahawa aku jatuh cinta dengannya. ditolak atau diterima, itu bukan menggerunkan. tapi menyembunyikan kebenaran itu adalah lebih menakutkan.





dan dia..telah aku bersemuka. untuk bertanya tentang kenapa punca? mengapa sengketa? dia cuma berkata, "tiada apa-apa. cuma kau dah berubah." aku berubah? berubahkah aku? marahkah dia kerana aku sudah tidak berjubah litup seperti dulu?





nasib oh nasib..





tapi kawan-kawan yang lain berkata, "pakaian mu mungkin berubah. tapi dalaman mu, hati mu, cara mu, fikrah mu...masih khairiah yang dulu". khabaran yang ku terima, hanya kerana angka pada slip gaji, hanya kerana bilik bercermin kaca yang aku perolehi...aku dianggap oleh dia sebagai tinggi diri. tidak! bukan aku sengaja bercerita tentang semua itu, tapi sumbernya datang entah dari pelusuk mana.





kalau aku, mendengar tentang teman yang sudah selesa kini dengan gaji lima angka, bilik berhawa dingin berserta pembantu peribadi..aku akan senyum dan tumpang bangga. aku tepuk bahunya sambil berkata, "caya lah!". tapi dia bukan aku. dan itulah yang berlaku.





dia tidak lagi semesra dulu. memandangnya buat aku buntu. maka, ini akhirnya. aku bawa diri aku jauh dari situ. biar dia selesa tanpa apa-apa berita tentang aku. sebab aku tak ingin ada riak wujud dalam diri ku dan ada cemburu terbit dalam diri nya.





tapi, aku tidak pernah sekali membencinya atau memusuhinya. sebab aku masih ingat semua kisah suka duka di alam kampus dulu. ianya bukan fiksyen, tapi fakta yang nyata. mak pernah pesan, "jangan sesekali membenci orang hanya kerana satu kesalahan yang dilakukan. sebab bila kita nilai kebaikan yang pernah dia lakukan untuk kita, ianya adalah lebih besar dari kesalahan yang dilakukan". dan nasihat mak masih aku genggam kemas.





mak..kakak tak pernah benci dia, tapi kenapa dia benci kakak? *nangis*



» Thanks for reading: Bila Kawan Menjadi Lawan !
Author: COret-COret |^^|

Jangan pernah takut sebelum mencobanya dan jangan pernah berhenti sebelum berhasil (KEDIA SOFT).

0 komentar: